Tuesday, February 9, 2010

berkongsi pengalamanku

bismillahirrahmanirrahim....

suatu ketika dahulu,sewaktu ana menjejakkan kaki ke form 4.Ana dipanggil oleh seorang ustaz ke bilik guru.Ternyata ana sangat terkejut bilamana ustaz memilih ana sebagai peserta pertandingan hafazan al-quran peringkat daerah.Apa lagi,mulalah rasa debaran bertandang ke dalam diri ana.Ustaz menyuruh ana memulakan latihan menghafal al-quran dari sekarang sehingga ke hari pertandingan lebih kurang sebulan lagi.MasyaAllah..sempat ke nak perbetulkan tajwid,fasohah dan lagu ni,getus hatiku...

Hari demi hari ana dipanggilkan oleh ustaz ke bilik guru untuk memperdengarkan bacaan dihadapannya sambil memperbetulkan tajwid yang tak tepat.Mata-mata ligat memperhatikan telatah seorang guru yang sedang melatih anak muridnya.Ana sangat malu waktu tu tetapi cuba menggagahkan diri ini untuk mengingati kalam Allah swt.Ada juga guru-guru yang memuji kebagusan bacaan al-quran ana dan mulalah tersebar di sekitar sekolah.Ada yang mengatakan ana ni serba boleh,dalam bidang sukan pun aktif,akademik pun alhamdulillah cemerlang dan bidang agama pun boleh tahan...itulah suara-suara kedengaran ke telinga ana.Ana berbisik ke dalam hati ana,pasti Allah akan uji ana dengan pujian ini...

Sudah pasti ujian itu datang bertandang kepada diri ana.Sifat yang paling berbahaya sekali ialah bangga dengan diri sendiri.Seolah-oleh diri seseorang itu menafikan kegagahan dan kekuasaan Allah swt.Inilah perasaan yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kebinasaan.Alhamdulillah,Allah menyelamatkan ana daripada bersifat seperti ini.Ana mula menangis dan bertaubat pada Allah kerana sedikit sahaja bisikan daripada syaitan itu menyebabkan ana tertewas dengan perasaan sendiri.Indahnya tarbiyyah dari Allah swt.Ilmu yang ana belajar untuk menundukkan hati drp sifat mazmumah itu amat berguna dikala ana berhadapan dengan situasi ini,alhamdulillah...

Lalu ana pasakkan dalam hati utk terus bermujahadah hingga ke akhir hayat ana.Ingin menjadi seorang mukmin yang bersih daripada segala kotoran duniawi.

Bersambung kepada pengalaman ana sebagai peserta hafazan al-quran.Pada hari pertandingan,ada juga sedikit debaran yang ana rasakan tapi nampak cool aje,hehe...relaks bab kata sahabat ana.Lalu nama ana dipanggil untuk mempersembahkan bacaan dihadapan peserta lain serta penonton sekalian.Waktu itu ana tak pandang pun kat muka juri...satu persatu soalan dilontarkan kepada ana...lalu dibalas dengan hafalan yang lancar dan smooth.

Selesailah sudah hafazan al-quran,ana tak tunggu pun keputusannya...ana ada satu tugas yang perlu diselesaikan,seorang guru ana telah menunggu ana untuk membawa ana ke perlawanan separuh akhir sepak taqraw peringkat daerah.Itulah ana,terlalu sibuk dengan kokurikulum.Pasti jarang berada dalam kelas,hehe..tapi akademik sentiasa dijaga.InsyaAllah.

alhamdulillah,kami menang dan memasuki pusingan akhir dan kami berjaya menjadi johon diperingkat daerah.Namaku terpilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri kelantan.Itulah pengalaman ana dalam dunia sukan sepak taqraw.

Terlalu penat ana rasakan hari tu,sampai kat sekolah,ana menerima ucapan tahniah dari ustaz kerana mendapat naib johan pertandingan hafazan al-quran peringkat daerah.Alhamdulillah...mesti famous lepas ni kat sekolah,hehe..lawak je.

itulah sedikit pengalaman yang dapat dikongsi sewaktu di sekolah menengah.Sekadar perkongsian biasa,mudah-mudahan boleh memberi manfaat untuk semua.Ana harap semua orang berminat untuk menghafaz al-quran.Ana juga sangat merindui zaman sekolah ana dulu dan diri ana yang dulu...wassalam.

Saturday, February 6, 2010

adab bercinta dalam Islam

bismillahirrahmanirrahim....ku tujukan khas artikel ini untuk mereka yang mencintai agama mereka dengan seteguhnya.Seboleh-bolehnya anda perlu perkuatkan mujahadah dalam masa yang tidak halal bagi anda untuk menjalinkan perhubungan bersama dengan seorang muslimat itu.Sebenarnya perbuatan berhubung dengan seorang muslimat tanpa tujuan yang munasabah adalah tabiat yang tercela.Oleh itu jauhilah perbuatan tersebut bermula dari sekarang..bertaubatlah kepada Allah atas kesilapan yang lalu.

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

bertemu sahabat sejati


ana dan sahabat ana

alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt kerana mengizinkan ana bertemu dengan sahabat yang dirindui.Maklumlah sudah lama tak berjumpa kerana masing-masing posting di tempat yang berlainan.Ana sepenuh masa di hospital kuala lumpur manakala sahabat ana itu posting di merata-rata tempat.Weekend ni sahabat ana kembali ke HUKM,so...kami merancang suatu pertemuan di gerai satay kat kg baru KL.

Im,lamo doh tak makan sekali.jom keluar makan satay kat kg baru.Ana membuka bicara melalui ym kpd sahabat ana itu yang dikenali dengan nama rusli zaim.Kawe tunggu demo kat hostel ktsn kul 9.30pm deh.Ok..insyaAllah.

banyak yang kami bualkan berkenaan dengan kehidupan masing-masing.Alhamdulillah,kami dapat berkongsi tarbiyyah diri antara satu sama lain.Itulah dinamakan sahabat,susah dan senang dihadapi bersama.Bukan senang jumpa sahabat sejati.Kalau dah jumpa perlu dihargai sebaik mungkin.InsyaAllah...

Ana berdoa agar persahabatan ini terus berkekalan.Ana terus teringat satu hadis qudsi,antara salah satu golongan yang akan dinaungi arasy Allah di padang mahsyar kelak ialah 2 orang lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah swt.Semoga kami termasuk dalam golongan ini,insyaAllah...ameen ya rabbal a'lamiin...

Wednesday, February 3, 2010

kesan al-quran terhadap otak manusia

bismillahirrahmanirrahim...

kurasakan kesan al-quran terhadap pembentukan mindaku menjadi semakin bertambah baik.Alunan al-quran yang ku alunkan berulang kali menyebabkan mindaku terasa lebih tajam.Otakku terasa lebih tenang dan tenteram.Kajian ada menunjukkan bahawa semakin banyak kita mengalungkan bacaan al-quran,semakin aktif neuron didalam otak kita berinteraksi antara satu sama lain.Ini akan membuahkan daya pemikiran yang lebih tajam insyaAllah.

bagiku,aku mengambil langkah yang lebih positif.Jika hatiku merasa kurang tenang dan fikiranku selalu kusut maka al-quranlah menjadi tempat rujukanku.Itu kaedah yang selalu aku gunakan dan terbukti ia berhasil.Mengapa ini boleh berlaku,ini kerana al-quran itu adalah mukjizat yang teragung,datangnya drp Allah swt.Maka,ia pasti bisa menenangkan jiwa yang resah gelisah.

saat mengulang-ulang ayat-ayat al-quran bagi membolehkan ia melekat didalam hati,maka bertambahlah pahala kita kpd Allah.So,bertambahlah pengaliran impuls dalam otak.Kita akan pasti menjadi lebih rasional dalam membuat keputusan.Inilah motivasi yang selalu aku gunakan bila berdepan dengan masalah untuk istiqomah dalam hafalan quran.Semoga aku sentiasa teguh dengan tabiat menghafal al-quran ini.Tiada yang lebih manis aku rasakan melainkan dapat mengalunkan khalimah Allah semasa menjadi imam di bumi UKM.SEMOGA AL-QURAN MENJADI NUR DALAM KEHIDUPANKU...SALAM PERJUANGAN BUAT DIRIKU DAN SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN...TAKBIR!!!

Tuesday, February 2, 2010

berfikir sejenak

Bismillahirrahmanirrahim...

berfikir sejenak untuk meleraikan kekusutan yang ada pada diriku sendiri.Arus kehidupan yang selalu mengalir menghanyutkan manusia yang terleka dengan urusan dunia.Kenapa susah sangat nak lalui kehidupan ini,seolah hatiku ini berbicara sendirian.
Memang hidup yang kita lalui ini memiliki cabaran dan dugaan.Yang penting buat setiap insan harus melaluinya dengan penuh kesabaran.
Menongkah arus kehidupan yang semakin mencabar memerlukan tahap pemikiran yang sangat rasional.Yang paling penting dalam hidupku ialah memahami isi kandungan al-quran dengan semantapnya.

Airmata kerisauan terbit dikelompak mataku,bisakah aku menamatkan hafalan 30 juzuk al-quran seawal tahun 2011.Itu target yang ku rangka sepanjang tempoh hidupku dibumi ukm ini.Kekusutan yang melanda asbab daripada kegagalanku dalam mencapai target yg telah ku buat selama ini menyebabkan mindaku berfikir sejenak.Apa yang telah aku lakukan sebelum ini?Banyak masa digunakan bagi memikirkan perkara yang tak boleh dijangka dalam masa terdekat.Sepatutnya,aku lebih menfokuskan diri pada hafalan al-quran sebagai matlamat hidupku dan mencapai target sebagai seorang profesional yang bertaqwa.

Oh Allah..hanya kepadaMu tempat aku mengadu.Agar kekusutan ini bisa terubat dengan zikrullah.Berjuang dalam ertikata tak mengenal sifat penat dan lelah akan membuahkan hasil yang memberansangkan,insyaAllah...usiaku hampir menjangkau 24 tahun.Sudah sampai usia yang agak matang untuk berfikir tentang hal kehidupan sendiri dan mahir dalam membuat keputusan.

Dalam ertikata,al-quran...teman hidupku,penyegar mindaku,mencerdaskan pemikiranku,agar aku bisa mengejar cita-citaku.Jauhi angan-angan kosong yang tak membawa erti apa jua pun.Usia yang diberi Allah ini harus dimanfaatkan semaksima yang mungkin.Tinggalkan segala pekerjaan yang boleh membantutkan cita-citaku itu wahai diriku.

Monday, February 1, 2010

Al-quran memandu hatiku yang lalai

bismillahirrahmanirrahim...

sudah beberapa hari tidak menulis dalam blog ini disebabkan ana pulang ke kampung untuk melihat keadaan ibu dan adik-adik.Walaupun 3 hari berada dirumah,dapat juga ana melepaskan rindu ini pada mereka.

Alhamdulillah,segala nikmat kasih sayang yang Allah berikan dapat mengukuhkan lagi ikatan antara kami.Bila nur al-quran melimpah dihati,maka akan bersinarlah kehidupan kita.

Bila memperhatikan keadaan diri ana ini,ana cuba bertadabbur iaiti melihat ke belakang.Tadabbur asalnya dari perkataan dabbara,yudabbiru,dubur iaitu belakang.Melihat ke arah diri kita apa perkara yang kita telah lakukan.

Ana cuba memandang kepada ayat quran telah terlekat didada ana,dalam surah an-nur Allah swt menyebut maksudnya:Dan katakanlah kpd org lelaki yang beriman,hendaklah mereka menjaga pandangan(mata) mereka dan memelihara kemaluan mereka..."
Permulaan ayat ini menyebut Qul-fi'il amar(perbuatan memerintah),perintah secara langsung dr Allah swt yg ditujukan kpd lelaki yang beriman.Kalau kita perhatikan kepada bahasa yang digunakan Allah didalam al-quran bagi mengkategorikan manusia kepada 3 golongan iaitu aamanu(beriman),kaafaru(kafir) dan munaafiqun(munafiq).Inilah pembahagian kategori manusia oleh Allah swt.Kenapa kerajaan kita dimalaysia membahagikan manusia kepada melayu,cina dan india.Islam dibahagikan kepada Melayu sedangkan melayu ni tiada harga 1 sen pun diakhirat kalau mereka tak beriman.

Bila maksud ayat ini menyebut menjaga pandangan mata,lalu ana merasakan ini adalah suruhan yg tegas drp Allah swt kerana perbuatan melihat benda-benda yang haram ini boleh merosakkan hati kita dan menghilangkan tumpuan pada ibadah dan menuntut ilmu.Ana cuba bermuhasabah sejauh mana diri ana ini beramal dengan ayat-ayat quran yang telah dihafal.Saat kelalaian diri ana ini menyebabkan al-quran yang ada dalam hati ana ini terus menegur ana.Inilah kesan yang ana dapat rasakan bilamana al-quran ini terpateri dihati ana.

Awal-awal Allah menyuruh kita menjaga pandangan mata,so...ana cuba melihat kepada perbualan dengan perempuan melalui telefon.Bagi mereka yang cintakan Islam,mereka hanya berbicara sekadar yang perlu sahaja,itupun melibatkan perkara yang penting.Oleh itu,bagi mengelakkan kelalaian hati ini,hendaklah menjauhi perbuatan tersebut.

Inilah kelebihan yang ana rasakan bilamana menghafaz al-quran dengan ikhlas.Ini ana tujukan beberapa hadis tentang kelebihan menghafal al-quran:

1. Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai keluarga di kalangan manusia." Lalu para sahabat bertanya,"Siapakan mereka ya, Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Para ahli al-Quran. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihanNYA.(HR Ahmad)
2. "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya". (HR Bukhari dan Muslim)
3. Rasulullah bersabda,"Bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)". (HR Muslim)
4. "Mereka yang membaca al-quran dan dia mahir di dalamnya, maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca al-Quran sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala". (HR Bukhari dan Muslim)
5. "Tiada ada hasad kecuali pada 2 perkara iaitu orang yang Allah berikan kepadanya al-Quran maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkannya siang dan malam". (HR Bukhari dan Muslim)
6. "Sesiapa membaca sehuruf dari al-Quran maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan 10x. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (HR Tarmidzi)
7. "Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya". (HR Tarmidzi)
8. "Bacalah al-Quran kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan al-Quran. Dan sesungguhnya al-Quran ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan al-Quran maka bergembiralah."(HR Al-Darimy)

Wednesday, January 27, 2010

letih tapi merasai ketenangan

bismillahirrahmanirrahim...

kalamullah yg indah itu tetap dilafazkan dan terpaut pada hati seorang pemuda itu biarpun jelas kepenatan diwajahnya.Usai menunaikan solah fardhu asar lalu dia mengambil tempat di ruang sudut surau ibnu sina sambil memegang senaskah al-quran.Ingin saja dia merebahkan badan untuk tidur sebentar untuk membuang segala kepenatan itu tetapi bila mengenangkan larangan nabi saw,lalu dia berjihad utk melawan segala kepenatan itu.

Dengan penuh amanah,dia membuat revision surah-surah yang telah dihafaznya.Dia sedar akan tanggungjawabnya untuk memelihara al-quran yg telah melekat didadanya.Bukan apa,bila al-quran ditempatkan dihati dengan seikhlasnya lalu akan timbullah sinar cahaya yang akan menerangi kehidupannya.sikap dan tindak tanduknya selari dengan al-quran.Bila difikirkan sebegini lalu bertambahlah semangatnya untuk memelihara al-quran didadanya.Menitislah airmata kegembiraan bilamana hatinya berbicara dengan tulus keikhlasan dikala ia kurang bersemangat dan kepenatan.

keletihan dalam melakukan sesuatu perkara yg bermanfaat akan menimbulkan ketenangan.Sepertimana kebosangan dan keletihan dalam mengulangi ayat-ayat quran yg hendak dihafal ataupun yang telah dihafal,jika kita memaksa diri kita utk mengulangi ayat2 quran tersebut..maka insyaAllah kita akan memperoleh ketenangan sehingga menghilangkan segala kepenatan yg kita alamai tadi.

oleh itu,bersabarlah dikala kepenatan..kerana kesabaran itu memberi kemenangan.